ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
 
 

Khamis 21/09/2017

DIALOG KESIAPSIAGAAN PKS BUMIPUTERA KE ARAH MEGATREND DAN IR 4.0

SME Corp. Malaysia dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) melalui Program Local to Global Corporations (LGC Ascend 800) akan mengadakan sesi "Dialog Kesiapsiagaan PKS Bumiputera ke arah Megatrend dan Revolusi Industri 4.0" . Sesi Dialog ini membincangkan mengenai cabaran dan keperluan PKS Bumiputera dalam kesediaan mereka ke arah Megatrend dan Revolusi Industri 4.0. Sesi Dialog ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri (Industri) MITI.

Sesi ini memberi peluang kepada PKS Bumiputera bagi berkongsi pengalaman bersama syarikat-syarikat yang berjaya dan GLCs yang menjadi rakan strategik di bawah Program LGC Ascend 800. Di akhir Sesi Dialog ini juga akan diadakan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara SME Corp. Malaysia dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) bagi kerjasama di antara kedua-dua belah pihak dalam pembangunan Projek Big Data SME Dashboards.

SME Corp. Malaysia berbesar hati ingin menjemput rakan-rakan media untuk menyertai sesi ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 27 September 2017

Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Mahkota
Aras 5, Blok B, Platinum Sentral, SME Corp. Malaysia

Tetamu Kehormat : YB Datuk Haji Ahmad Maslan
Timbalan Menteri (Industri)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)

Sila klik di sini untuk PROGRAM


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Amy Sarah Ahmad Fuad
Tel : 03-2775 6352
Emel : amysarah@smecorp.gov.my

Nama : Nor Fairul Halif Norman
Tel : 03-2775 6222
Emel : fairulhalif@smecorp.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.