ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
 
 

Khamis 21/09/2017

Majlis Pelancaran Varieti Baharu Keledek Ungu MARDI

Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mengadakan Majlis Pelancaran Varieti Baharu Keledek Ungu MARDI. Tiga (3) varieti baharu keledek ungu yang telah dinilai daripada 6 varieti di MARDI yang mempunyai kelebihan berhasil tinggi (purata antara 20-30 tan/ha), tinggi kandungan antosianin (185-316 mg/L), mudah hidup walaupun dalam keadaan tanah yang rendah kesuburannya, toleran kemarau dan lebih toleran serangan penyakit perosak berbanding tanaman sayur-sayuran konvensional yang lain.

Majlis akan disempurnakan oleh YB Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 24 September 2017

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : MARDI Bachok, Mukim Telong Jalan Kandis, 16310 Bachok, Kelantan

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NUR AKMAL BINTI HASSAN
Program Perhubungan Awam
Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti
Tel : 03-8953 7209 / 019-455 3400
Faks : 03-8943 9530
Emel: nurakmal@mardi.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.