ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 19/09/2017

SEMINAR KEPIMPINAN DAN PEMIKIRAN STRATEGIK "AMALAN TERBAIK DAN MODEL GEMILANG ISLAM"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Seminar Kepimpinan Dan Pemikiran Strategik "Amalan Terbaik Dan Model Gemilang Islam" pada 20 September 2017/29 Zulhijjah 1438H bertempat di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Hari/Tarikh : Rabu 20 September 2017

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

PROGRAM

8.00 am - 9.00 am : Pendaftaran & Sarapan Pagi

SESI 1: Perasmian & Ucap Utama

9.05 am - 9.30 am : Ucapan Perasmian
YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

9.30 am - 10.15am : Kertas 1: Ucap-Utama : Elemen Kepimpinan
YBrs. Dr. Mohd Zaidi Ismail
Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

10.15 am - 10.30 am : Minum Pagi

SESI 2: Amalan Terbaik (Best Practice) Tamadun Islam & Peradaban Melayu

Moderator :
Pn. Hajah Siti Fatimah Abdul Rahman
Felow Kanan, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan, IKIM

10.30 am - 11.15 am : Kertas 2: Pemikiran Strategik dalam 3 Muslim Manuals of Wars: Tafrij al-
Kurub Tadbir al-Hurub
En. Muhammad Husni Mohd Amin
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar, IKIM

11.15 am - 12.00 pm : Kertas 3: Kepimpinan Rumpun Melayu: Meninjau Teori & Amalan Terbaik
(Best Practice)
YBhg. Prof. Emeritus Dr. Shaharir Mohd Zain
Felow Penyelidik, Universiti Malaya

12.00 pm - 12.45 pm : Kertas 4: Tokoh Kepimpinan 'Ulama' dan 'Umara' Sezaman: al-Ghazali dan
Nizam al-Muluk
YBrs. Dr. Mohd Sani Badron
Felow Utama & Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM

12.45 pm - 01.00 pm : Sesi Soal Jawab

01:00 pm - 02.30 pm : Makan Tengah Hari & Solat Zohor

SESI 3: Cabaran Moral Pemimpin dan Kawalan Diri

Moderator :
YBhg. Prof. Madya Dr. Jasmine Ahmad
Pengarah Kepimpinan Strategik, Institut Kepimpinan & Pembangunan, Universiti Teknologi MARA

02.30 pm - 03.10 pm : Kertas 5: Bagaimana Membina Kepimpinan Adil & Bijaksana menurut Persuratan Adab Ketatanegaraan
YBhg. Prof. Dr. Jelani Harun
Profesor, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

03.10 pm - 03.50 pm : Kertas 6: Memupuk Pemikiran Berkecekapan yang membangunkan Sistem yang Saksama: Analisis Pemikiran Fazlur Rahman
En. Muhammad Sya_q Borhannuddin
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan, IKIM

03.50 pm - 04.30 pm : Kertas 7: Berkuasa, Berkesan, Berketrampilan Tapi Bermoral: Wacana Raja Ali Haji
YBhg. Prof. Madya Dr. Khalif Muammar
Pengarah, Centre for Advanced Studies on Islam, Science & Civilisation, Universiti Teknologi Malaysia

04.30 pm - 04.45 pm : Sesi Soal Jawab

05.00 pm - 05.05 pm : Bersurai


Pengenalan

Sejauh mana anda memanfaati hikmah dari khazanah keilmuan Islam?

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berpendirian bahawa hikmah dari khazanah keilmuan Islam silam masih relevan malah kritikal untuk dijadikan rujukan dan sandaran demi menghadapi cabaran-cabaran kepimpinan di abad ke-21.

Seminar ini akan menggilap karya-karya agung Islam mengenai amalan terbaik (best practice) kepimpinan serta cara memupuk penguasaan diri (self-mastery) seseorang pemimpin, pentadbir dan pengurus.

Antara karya-karya pemikiran strategik yang akan ditonjolkan termasuklah: Siyar al-Muluk oleh Nizam al-Mulk (Perdana Menteri merangkap panglima besar angkatan tentera kerajaan Saljuq); Nasihat al-Muluk oleh al-Ghazali (Hujjatul Islam, pemikir ulung tamadun Islam); Thamarat al-Muhimmah oleh Raja Ali Haji (sejarahwan, pujangga serta negarawan Melayu); Tafrij al-Kurub fi Tadbir al-Hurub oleh 'Umar ibn Ibrahim al-Awsi al-Ansari (setakat ini satu-satunya Muslim Manual of War yang telah diterjemahkan).


Objektif

i. Mengenal pasti prinsip-prinsip kunci dan amalan terbaik dalam kepimpinan;

ii. Memberi pendedahan kepada perbahasan kawalan diri (self-mastery) seperti yang dibahaskan dalam karya-karya agung tamadun Islam;

iii. Meneroka kerangka pemikiran strategik beberapa tokoh Muslim silam.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329 / 012-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.