PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

November 21, 2017 -Selasa

 
 
 

Selasa 12/09/2017

DIALOG KEHARMONIAN ANTARA PENGANUT AGAMA: "MUHIBBAH TERAS PERPADUAN NASIONAL: TOLERANSI BERAGAMA DALAM KEPELBAGAIAN MASYARAKAT TONGGAK KEHARMONIAN NEGARA"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) serta Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Dialog Antara Penganut Agama: "Muhibbah Teras Perpaduan Nasional: Toleransi Beragama Dalam Kepelbagaian Masyarakat Tonggak Keharmonian Negara" seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 14 September 2017

Masa : (Rujuk Program)

Tempat : Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Dialog ini akan dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program

7.30-8.00 pagi : Pendaftaran Peserta/ Ketibaan Tetamu Jemputan

Ketibaan Panel Jemputan

Ketibaan Dif-dif Kehormat

9.05 - 10.45 pagi : Nyanyian lagu "Negaraku" & "Sabah Tanah Airku"

Ucapan Aluan Naib Canselor UMS

Ucapan Perasmian.:
YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Penyampaian Cenderahati & Sesi Bergambar (VIP)

10.45-12.30 tengahari :

SESI DIALOG: "MUHIBBAH TERAS PERPADUAN NASIONAL: TOLERANSI BERAGAMA DALAM KEPELBAGAIAN MASYARAKAT TONGGAK KEHARMONIAN NEGARA"

Moderator: YBhg. Prof. Dr. Zaid Ahmad
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Ahli Panel Dialog:

Moderator:
YBHG. USTAZ MUHAMMAD HASBI BIN ABDUL RAHMAN
Pensyarah Fakulti Sains & Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

PANEL AGAMA ISLAM
YBHG. DR. SARIP BIN ABDUL
Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan,
Seni & Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

PANEL AGAMA BUDDHA
YBHG. EN. THAI MING YEOW
Ahli Jawatankuasa Kerja
Majlis Belia Malaysia

PANEL AGAMA HINDU
YBHG. EN. OOLI GUNALAN MANICKAM
Timbalan Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

PANEL AGAMA KRISTIAN
YBHG. EN. WONG KIM KONG
Presiden Christian For Peace & Harmony Malaysia

PANEL PRIBUMI
YBHG. PROF. MADYA DR. ANDREAS TOTU
Pusat Penataran Ilmu & Bahasa
Universiti Malaysia Sabah (UMS)

12.30 tengahari : Sesi Soal Jawab

1.00 petang : Penyampaian Cenderamata kepada Panel

Makan Tengahari & Bersurai

Pengenalan

Dialog antara penganut agama kali ini akan membicarakan tentang perpaduan dari perspektif agama masing-masing. Diharapkan dengan usaha sebegini, penganut-penganut agama di Malaysia terutamanya dalam kalangan belia dapat bersama dalam suasana yang harmoni dan bersatu padu memainkan peranan yang lebih efektif dalam memastikan perpaduan terus dipelihara untuk keharmonian negara.

Objektif

i. Muhibbah teras perpaduan nasional penting dalam memupuk sifat toleransi beragama dalam kepelbagaian masyarakat untuk keharmonian negara.

ii. Menjadi wahana perkongsian maklumat antara kaum / agama serta mengukuhkan perpaduan dan keharmonian Negara.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Dialog tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel :03-6204 6329 / 012-333 4253

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.