ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 15/08/2017

BANK ISLAM RASMI CAWANGAN KE-147 DI KODIANG, KEDAH

Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan merasmikan pembukaan satu lagi cawangan baharunya yang terletak di tingkat bawah Pejabat Lembaga Tabung Haji di Pekan Kodiang sebagai salah satu strategi memperluaskan rangkuman kewangannya kepada penduduk di Kedah. Perasmian cawangan baharu ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B); Timbalan Menteri Kewangan 1, Yang Berhormat Dato' Wira Othman Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Encik Khairul Kamarudin.

Acara penyampaian hadiah pemenang RM1 juta Al-Awfar Bank Islam serta penyampaian sumbangan zakat kepada 50 pelajar asnaf akan turut diadakan di majlis ini.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 17 Ogos 2017

Masa : 2.30 petang

Tempat : Laman Arked Semarak, Pekan Kodiang, Kedah

PROGRAM

2.30 petang : Ketibaan Tetamu Undangan

2.45 petang : Ketibaan Dif-dif Kehormat dan
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad, Encik Khairul Kamarudin dan
Timbalan Menteri Kewangan 1, Yang Berhormat Dato' Wira Othman Aziz

3.00 petang : Ketibaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B)

: Lagu Kebangsaan

3.05 petang : Alu-aluan Pengerusi Majlis

3.10 petang : Bacaan Doa

3.15 petang : Ucapan Alu-aluan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Yang Berhormat Dato' Wira Othman Aziz

3.30 petang : Ucapan Perasmian oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B)

- Upacara Perasmian
- Penyampaian Hadiah Pemenang RM1juta Al-Awfar
- Penyampaian sumbangan zakat kepada 50 pelajar asnaf

: Lawatan YB Menteri dan dif-dif kehormat ke cawangan
- Acara pemotongan riben

: Jamuan Minum Petang

4.30 petang : Majlis dijangka selesai

Dikeluarkan bagi pihak Bank Islam Malaysia Berhad


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : BIMB Holdings Berhad / Bank Islam Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
Tel : 019-3394491 / 03-2782 1232
Faks : 03-2781 2998

Nama : Encik Omar Atin
Tel : 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks : 03-2781 2998

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.