ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 15/08/2017

MAJLIS PENGUMUMAN PEMENANG UTAMA KEMPEN SKIM THOHIR FASA 1 & KEMPEN CIMB CLICKS 2017 TAJAAN CIMB ISLAMIC BANK

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Pengumuman Pemenang Utama Kempen Skim Thohir Fasa 1 & Kempen CIMB Clicks pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 23 Ogos 2017 / 1 Zulhijjah 1438H

Masa : 11 pagi - 1 petang

Tempat : Dewan Anggerik, Restoran D' Saji KL Titiwangsa,
Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur


Majlis pengumuman ini adalah bersempena dengan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat PPZ-MAIWP FASA 1 (SKIM THOHIR) bagi tahun 2017 yang berlangsung selama 4 bulan dan Kempen CIMB CLICKS, selama 2 bulan serta mendapat tajaan daripada CIMB Islamic Bank Berhad. Kempen-kempen ini dilaksanakan bagi memudahkan dan menggalakkan umum menunaikan tanggungjawab berzakat mereka.

Turut hadir bagi penyampaian hadiah ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Berhad, Encik Mohamad Safri Shahrul Hamid.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media pengumuman para pemenang bagi dua kempen tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.