ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
 
 

Jumaat 21/07/2017

HEBAHAN MEDIA DAN JEMPUTAN KE KONGRES KEBANGSAAN GURU TADIKA KALI KE-4 2017 DAN PELANCARAN BUKU PENDEKATAN PROJEK

Goldmind Evolution Sdn. Bhd., dengan kerjasama ABS Edu Solutions Sdn. Bhd. dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan Kongres Kebangsaan Guru Tadika 2017 dan Pelancaran Buku Pendekatan Projek yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan I, Kementerian Pendidikan Malaysia, YB Dato' P. Kamalanathan a/l P.Panchanathan seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Sabtu 22 Julai 2017

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Panggung Percubaan Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris


Sila Klik Sini untuk Aturcara Kongres

Untuk makluman, program yang berlangsung selama dua hari bermula pada 22-23 Julai 2017 ini akan menghimpunkan kira-kira 300 orang guru tadika dari seluruh negara, pelajar dalam industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan orang awam. Kongres ini merupakan kombinasi beberapa pembentangan kertas kerja terpilih daripada ahli akademik, agensi kerajaan dan syarikat-syarikat pengurusan dan perniagaan tadika di Malaysia.

Antara pembentang hebat yang dijemput ialah Puan Rosmaria Mohd Sahat, (Pengasas Modul & Penulis Buku Say It Right, Jurulatih Permata, Rehal Solution), Puan Hasniah@Mama Tok (Pakar Pencerita), Pak Utih (Pakar Psikologi Kanak-Kanak) dan Prof. Emeritus Dato' Dr. Aminah Ayob, UPSI.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Shahaniza Shamsuddin
Urus setia
Tel : 019-572 6296

Nama : Puan Maziah Zee Abdullah
Pegawai Penerbitan
Tel : 019-465 0979

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.