ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
 
 

Jumaat 21/07/2017

HEBAHAN DAN JEMPUTAN MEDIA KE KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM) KE-42, 2017

Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-42 yang akan berlangsung dari 29 Julai sehingga 5 Ogos 2017 dengan hampir 4000 orang atlet, termasuk pegawai, pengurus, dan sukarelawan yang akan terlibat bagi merebut 1442 pingat.

Untuk makluman, kejohanan yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir ini akan disertai oleh 21 buah universiti awam termasuk Kementerian Pengajian Tinggi. Antaranya Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM) KALI KE-42, 2017

Hari/Tarikh : Isnin 31 Julai 2017

Masa : 8.00 malam

Tempat : STADIUM UPSI, KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, PROTON CITY, 35900 Tanjong Malim, Perak

PROGRAM

7.45 malam - Ketibaan para atlet dan Kontigen

8.00 malam - Ketibaan Tetamu Jemputan dan Pegawai Kontigen
- Pengarah Pusat Sukan UA
- Pendaftar UA
- Timbalan Naib Canselor HEPA UA
- Naib Canselor UA

8.30 malam - Ketibaan Menteri Besar Perak
- Persembahan Pembukaan
- Perarakan masuk Kontigen (21 kontigen)
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan alu-aluan
- Ucapan aluan Wakil UPSI
- Ucapan Perasmian oleh Perasmi (Menteri Besar Perak )
- Gimik Perasmian
- Perarakan masuk bendera kejohanan
- Persembahan kebudayaan
- Bacaan ikrar (penyelaras teknikal dan atlet)
- Penyerahan cenderamata dan sesi pengenalan bersama UA
- Sesi bergambar.
- Majlis bersurai.


MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM) KALI KE-42, 2017

Hari/Tarikh : Sabtu 5 Ogos 2017

Masa : 3.00 petang

Tempat : PANGGUNG PERCUBAAN KSAS, KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, PROTON CITY, 35900 Tanjong Malim, Perak

PROGRAM

3.00 Petang - Ketibaan para atlet dan kontigen

3.15 Petang - Ketibaan Tetamu Jemputan dan Pegawai Kontigen

3.30 Petang - Ketibaan YBhg. Dato' Naib Canselor UPSI
- Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman
- Paparan Rangkuman Aksi SUKUM 2017
- Ucapan Penutupan YBhg. Dato' Naib Canselor UPSI
- Penyampaian Piala Iringan
- Penyerahan Bendera Kejohanan SUKUM kepada Tuan Rumah Edisi 2018
- Persembahan Penutupan
- Sesi bergambar
- Jamuan ringan
- Majlis bersurai


Sebanyak 21 acara sukan dipertandingankan termasuk boling, petanque, catur, memanah, golf, dart berpasukan terbuka, sepak takraw, kayak, perahu panjang dan berbasikal akan diadakan melibatkan beberapa tempat perlawanan iaitu di UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Kampus Sultan Azlan Shah, Kelab Golf Lembah Beringin, Tasik Embayu Proton City dan Ampang Superbowl, Ipoh.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En Raizol Ramli
Pegawai Tadbir, Pusat Sukan
Tel : 010-8176599

Nama : Puan Maziah Zee Abdullah
Pegawai Penerbitan, Bahagaian Komunikai Korporat
Tel : 019 4650979


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.