|
|
|
|
|
|
Jumaat 02/12/2016
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN GIATMARA 2016
Sukacita dimaklumkan GIATMARA akan menganjurkan Majlis Anugerah Tahunan GIATMARA 2016, bertujuan untuk meraikan wargakerja GIATMARA yang telah menabur bakti cemerlang sepanjang tahun 2016. Majlis ini juga sebagai jaringan strategik pertemuan santai bagi anggota kerja GIATMARA dengan warga Kementerian KKLW, MARA dan subsidiari juga rakan strategik GIATMARA yang lain.
GIATMARA berbesar hati menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan Majlis Anugerah Tahunan GIATMARA 2016 seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Rabu 7 Disember 2016
Masa : 8.00 malam
Tempat : GRAND MAHKOTA BALLROOM, HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR
TEMA : BEAUTIFUL BATIK
VIP : YB. DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
Sila klik di sini untuk Program
Wakil media dimohon untuk mengesahkan kehadiran ( RSVP ) sebelum atau pada 5 Disember 2016.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : GIATMARA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP SILA HUBUNGI:
Nama : Norasyikin Bt. Nordin
Tel : 03-26912690 sambungan 109
Emel : norasyikin@giatmara.edu.my
Nama : Aman Redza Bin Radzi
Emel : amanredza@giatmara.edu.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|