ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 02/12/2016

KEGEMBIRAAN KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA BANK MUAMALAT

Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan satu Program Kembali Ke Sekolah di Ibu Pejabat Bank Muamalat Malaysia Berhad, Menara Bumiputra, Kuala Lumpur.

Pihak Bank bakal menyumbangkan bantuan pakaian dan peralatan sekolah kepada 161 pelajar iaitu anak-anak kepada kakitangan syarikat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan serta anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak Yatim dari Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Rumah Attaqwa, Rumah Baitul Kasih Dan Baitul Fitrah, Country Homes serta Rumah Jalinan Kasih.

Program ini akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat, bersama-sama dengan Ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank Muamalat.

Program ini diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama Muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 6 Disember 2016

Masa : 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari

Tempat : Tingkat 6, Ibu Pejabat Bank Muamalat Malaysia Berhad, Menara Bumiputra, 21 Jalan Melaka, Kuala Lumpur

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nurshazrina Abdullah
Corporate Communications Department
Tel : 03 -26988787 ext:7055 / 0123589876
Faks : 03 - 2691 0388

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.