|
|
|
|
|
|
Jumaat 30/09/2016
JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA PROGRAM INTERACTION DAY 2016 ANJURAN SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA SISWI FELDA UTeM (PERSADA UTeM)
Dimaklumkan bahawa FELDA akan mengadakan Program Interaction Day 2016 Anjuran Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda Utem (Persada Utem) seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 1 Oktober 2016
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Pantai Saujana, Port Dickson,
Negeri Sembilan
PROGRAM
7.00 pagi : Pelajar bertolak dari UTeM ke Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan
9.00 pagi : Ketibaan peserta di Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan
: Sarapan pagi
10.00 pagi : Ketibaan tetamu kehormat
: Nyanyian lagu:
i) Negaraku
ii) Semai Bakti
: Bacaan doa
: Ucapan pengarah program – Cik Farah Nadhirah binti Md Lazi
: Ucapan - YB Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad
Pengerusi Felda merangkap Ahli Parlimen Jempol
12.00 tengahari : Makan tengahari
: Solat Zuhur
2.00 petang : Sesi suai kenal ahli jawatankuasa PERSADA sesi 2016/2017
: PERSADA EXPLORACE
: Tarik tali PERSADA
5.00 petang : Minum petang
: Bertolak ke UTeM
Program ini adalah merupakan acara tahunan yang diadakan oleh PERSADA UTeM dalam membantu pelajar-pelajar tahun satu (1) generasi FELDA yang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Majlis akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Hj. Mohd. Isa bin Dato’ Hj Abdul Samad, Pengerusi FELDA merangkap Ahli Parlimen Jempol.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
Sumber : FELDA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Mohd Azril Zuhari
Tel : 011-14943512
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|