ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Khamis 24/03/2016

SEMINAR FARAID & PERANCANGAN PERWARISAN ISU HARTA BEKU DAN PENYELESAIAN DI MALAYSIA

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan seminar “Faraid & Perancangan Perwarisan Isu Harta Beku Dan Penyelesaiannya Di Malaysia” pada 29-30 Mac 2016/ 20-21 Jamadilakhir 1437H jam 9.00 pagi di Dewan Besar,IKIM.

Matlamat

(i) Memberi pendedahan kepada peserta tentang falsafah dan matlamat sebenar hukum Faraid dalam Islam;

(ii) Menghurai tentang kepentingan perancangan pewarisan dan instrumen-instrumen yang boleh digunapakai bagi tujuan tersebut;

(iii) Membincang dan mencari jalan penyelesaian kepada beberapa isu yang sering dikaitkan dengan pengurusan dan pembahagian harta pusaka; dan

(iv) Melihat prosedur yang digunapakai dan mencari resolusi untuk beberapa isu yang berkaitan dengan pertindihan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan mahkamah Shariah dalam aspek pengurusan harta umat Islam di Malaysia.


Hari/Tarikh : Selasa & Rabu 29 & 30 Mac 2016

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Besar, IKIM



PROGRAM (Sila rujuk Lampiran - Brosur)

29 Mac 2016 (Selasa)

9.05 am : Ucapan Perasmian
Oleh: YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

SESI I : ISLAM, FARAID DAN HARTA
Moderator : En. Mohamad Azhar bin Hashim
Felow, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan, IKIM

9.30 am : Kertas 1 : Konsep Harta Dalam Islam

Pembentang : YBhg. Prof. Madya Dr. Azman Mohd Nor
Ketua Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

10.10 am : Kertas 2 : Pembekuan Harta: Kesan Ke Atas Ekonomi Umat Islam

Pembentang : En. Muhammad Hisyam bin Mohamad
Felow, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan, IKIM

10.50 am : Kertas 3 : Faraid dan Falsafah Pembahagian Pusaka Menurut Al-Quran dan al-Hadith

Pembentang : YBhg. Dr. Luqman Haji Abdullah
Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usual, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

11.30 am : Sesi Soal Jawab

12.15 pm : Kertas 4 : Pengurusan Harta Orang Islam: Konflik Bidangkuasa Mahkamah & Kesannya Ke Atas Ekonomi Ummah

Pembentang : YAB Tun Dato’ Seri Haji Abdul Hamid bin Haji Mohamad
Mantan Ketua Hakim Negara

13.15 pm : Jamuan Tengahari & Solat

SESI II: FARAID – BIDANG KUASA DAN AMALAN SEMASA DI MALAYSIA

Moderator : Tn. Haji Abdul Rahman Azubir
Yazid Baba & Partners

14.00 pm : Kertas 5 : Perancangan Pewarisan Dan Kepentingannya dalam Konteks Pengurusan Harta Umat Islam

Pembentang :Tn. Haji Wan Abdul Halim Wan Harun
Perunding Harta Pusaka dan Faraid, Perunding W Halim

14.40 pm : Kertas 6 : Amalan & Permasalahan Dalam Urusan Pentadbiran Faraid di Mahkamah Syariah & Mahkamah Sivil

Pembentang : YAA Dato’ Haji Abdul Walid Abu Hassan
Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang

15.20 pm : Kertas 7 : Amalan dan Urusan Pentadbiran di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Pembentang : Pn. Hajjah Hasiah Kasah
Pengarah, Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

16.00 pm : Sesi Soal Jawab

16.30 pm : Penangguhan



30 Mac 2016 (Rabu)

SESI III : PENILAIAN KEBERKESANAN AMALAN SEMASA & PERKONGSIAN PENGALAMAN
Moderator : Cik Wan Roslili Majid
Felow, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik, IKIM

9.00 am : Kertas 8 : Keberkesanan & Kecekapan Institut Pengurusan Harta Pusaka Awam & Swasta di Malaysia – Satu Penilaian

Pembentang : YBhg. Prof. Dr. Akmal Hidayah Halim
Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

9.40 am : Kertas 9 : Pindah Milik Harta Selepas Kematian: Pengalaman Singapura

Pembentang : En. Sadali Rasban
Perunding Utama (Principal Consultant), HTHT Advisory Services Pet. Ltd, Singapura

10.20 am : Sesi Soal Jawab


FORUM: PENGURUSAN HARTA ORANG ISLAM – KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH DAN KESANNYA KE ATAS EKONOMI UMMAH
Moderator : YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz
Felo Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik, IKIM

11.00 am : Panelis 1 : YBhg. Dato’ Haji Muhamad Asri Haji Abdullah
Mantan Ketua Hakim Syarie Perak

Panelis 2 : YBhg. Prof. Dr. Nazari Ismail
Profesor,
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM)

1.00 pm : Jamuan Tengahari & Bersurai



Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Nama : Pn. Sapuah
Tel : 03-6204 6329 / 012-309 4427

Nama : Pn. Suzanahwati
Tel : 03-6204 6330 / 013-2288 992

Nama : En. Gulam
Tel : 03-6204 6331 / 017-4094490


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.