|
|
|
|
 |
| |
|
|
MAJLIS CABUTAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP) UNTUK BULAN DISEMBER 2009
Wednesday 23/12/2009
Adalah dimaklumkan bahawa BSN akan mengadakan Cabutan Bulanan Sijil Simpanan Premium (SSP) untuk bulan Disember 2009 seperti berikut:
Hari / Tarikh : Sabtu, 26 Disember 2009
Tempat : Square One Mall, No. 1-1, Jalan Flora
Utama 4, Taman Flora Utama 83000, Bt
Pahat, Johor
Masa : 2 – 6 petang
Majlis akan dihadiri oleh Tuan Haji Norizan Kulob, Pegawai Daerah Bt Pahat dan dan Pn. Norazian Ahmad Tajuddin, Timbalan Ketua Eksekutif BSN (Perbankan Konsumer & Pembangunan Perniagaan).
Pada Majlis ini, BSN juga akan mengumumkan senarai hadiah hadiah yang ditawarkan untuk dimenangi oleh orang ramai dan pemegang-pemegang SSP sepanjang tahun 2010. Sebanyak 1,795 hadiah akan ditawarkan setiap bulan yang terdiri daripada kereta mewah, pakej Umrah/Pelancongan, barang kemas dan lain-lain hadiah yang menarik.
Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik juga disediakan oleh BSN untuk orang ramai yang hadir.
Cabutan bulanan SSP dijalankan secara langsung, telus dan profesional sambil disaksikan orang ramai. Keputusan akhir diperolehi melalui cabutan sistem berkomputer dan akan disahkan oleh kakitangan Badan Kerajaan yang berkecuali daripada Jabatan Aktuari Negara, Perbendaharaan Negara dan Audit Negara.
BSN akan mengumumkan hadiah SSP yang bakal dimenangi oleh pemegang-pemegang SSP sepanjang tahun 2010.
Aturcara:
2.00 ptg Ketibaan Tetamu Jemputan
2.20 ptg Ketibaan Timbalan Ketua Eksekutif
Perbankan Konsumer & Pembangunan Perniagaan
Pn. Norazian Ahmad Tajuddin
2.30 ptg Ketibaan Tetamu VIP (Pegawai Daerah Batu Pahat )
Tn. Hj Norizan Kulob
2.40 ptg Persembahan Tarian Sek.Keb.Sri Medan
Persembahan Hi Savers- Lagu Bank
2.45 ptg Ucapan Timbalan Ketua Eksekutif
Perbankan Konsumer & Pembangunan Perniagaan
Pn. Norazian Ahmad Tajuddin
3.00 ptg Ucapan Pegawai Daerah Batu Pahat
Tn. Hj Norizan Kulob
“Gimik Hadiah Baru 2010”
Persembahan Istimewa bersama Aizat ( 1 Lagu )
3.15 ptg Majlis Cabutan Sijil Simpanan Premium 12/2009
Bersama Pengacara Majlis –En. Wan Mohd Fazamy bin
Mohamad Razalli
Persembahan Istimewa bersama Aizat ( 2 Lagu )
Persembahan Hi Savers
Keputusan Cabutan Sijil Simpanan Premium
12/2009
Persembahan Hi Savers
Penyampaian Hadiah Pertandingan Karaoke Dan
Cabutan Bertuah
Persembahan Tarian Sek. Keb. Medan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan, jurugambar / jurukamera untuk membuat liputan.
SUMBER: Bank Simpanan Nasional
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Arida Ariffin
Bhg Hal Ehwal Korporat
TEL : 03 2162 3222 sambungan 6006
EMAIL: arida_ariffin@bsn.com.my
NAMA : Kamarul Azhan
TEL : 03 2162 3222 sambungan 6009
TARIKH SIARAN: 23 DISEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA
|
|
|
|
|
|