|
|
|
|
 |
| |
|
|
PROMOSI KRAF MALAYSIA DI GREAT EASTERN MALL, KUALA LUMPUR
Friday 06/11/2009
Sukacita dimaklumkan, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui agensinya Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia di Great Eastern Mall, Jalan Ampang bermula dari:
Tarikh : 06 - 15 November 2009
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Concourse, Great Eastern Mall
Menara Great Eastern
Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Bertemakan ‘Beli Kraf Malaysia’, penganjuran ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia dalam memakai dan menggunakan produk kraf buatan tempatan sebagai satu gaya hidup dan bagi menyemarakkan kembali cintakan seni warisan kraf tempatan di kalangan generasi muda.
Sertai dan meriahkan aktiviti seperti Jualan Produk Kraf Malaysia yang melibatkan 19 usahawan dari pelbagai bidang kraf, Pendidikan Kraf dan Interaktif (Mewarna Batik Lukis dan Menganyam Rotan) serta Persembahan Kesenian dari Muzik Instrumental India, Muzik Asli, Muzik Cina dan Angklung.
Sebarang pertanyaan, daripada orang ramai, sila hubungi Urus setia Kraftangan Malaysia di talian 03 – 2162 7459. Pihak media pula boleh menghubungi terus Urus setia Media Kraftangan Malaysia di talian 03- 2161 3793 untuk maklumat lanjut.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan, jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Urus setia Media Kraftangan Malaysia
TEL : 03- 2161 3793
TARIKH SIARAN: 6 NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA
|
|
|
|
|
|