|
|
|
|
 |
| |
|
|
MESYUARAT KEENAM MAJLIS BIODIVERSITI-BIOTEKNOLOGI NEGARA (MBBN6)
Tuesday 03/11/2009
Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mempengerusikan Mesyuarat Keenam Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara (MBBN6) pada ketetapan berikut :
Hari / Tarikh : Rabu, 4 November 2009
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Persidangan ICU,
Aras 1 Blok Timur
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra,
PUTRAJAYA
Majlis ini berfungsi untuk mencapai matlamat utama supaya kepelbagaian biologi negara dapat diurus dengan bijak dan lestari. Beberapa bidang rujukan bagi MBBN6 telah ditentukan antaranya menentukan hala tuju, dasar dan strategi pembangunan biodiversiti dan bioteknologi Negara; menyelaras pembangunan biodiversiti dan bioteknologi Negara; memperakukan kepada Kerajaan mengenai hala tuju dan strategi pembangunan biodiversiti-bioteknologi Negara; dan mengenal pasti dan memantau pelaksanaan obligasi negara berkaitan dengan biodiversiti dan bioteknologi di bawah perjanjian-perjanjian antarabangsa yang mana Malaysia merupakan peserta/ahli.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan, jurugambar / jurukamera untuk membuat liputan.
SUMBER: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA: Yamuna A/P Perimalu
Ketua Unit Komunikasi Korporat
TEL : 03-8886 1790
EMAIL: yamuna@nre.gov.my
TARIKH SIARAN: 3 NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA
|
|
|
|
|
|