PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 

November 21, 2009 -Sabtu

 
 
  SEMINAR “TAQLID, IJTIHAD DAN TALFIQ : SKOP, AMALAN DAN BATASAN”

Tuesday 03/11/2009

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Seminar “Taqlid, Ijtihad Dan Talfiq : Skop, Amalan Dan Batasan” pada 12 – 13 November 2009 di Dewan Besar IKIM.

Hari / Tarikh : Khamis-Jumaat, 12 – 13 November 2009

Tempat : Dewan Besar IKIM.


Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi IKIM akan merasmikan seminar tersebut pada 12 November 2009 (Khamis).

Sebagai usaha publisiti, anda dijemput untuk menghantar wartawan, jurugampar / jurukamera untuk membuat liputan sempena seminar tersebut.

Seminar ini akan menghimpunkan para ulamak dari negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Antaranya ialah Y.Bhg Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Penasihat Syariah, Jabatan Peguam Negara, YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Brunei Darussalam dan Prof. Dr. M.Amin Suma, Dekan Fakulti Syariah dan Hukum, Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia.

PENGENALAN

Di Malaysia, mazhab Shafi’i telah diwartakan sebagai mazhab rasmi dalam hampir semua perlembagaan dan enakmen undang-undang Islam negeri. Justeru, masyarakat secara umumnya menganggap bahawa mereka mesti mengamalkan mazhab tersebut secara tegar tanpa tolak ansur. Majoriti bukan sahaja ragu malah takut untuk menyimpang daripada ajaran mazhab berkenaan walaupun ada keperluan munasabah yang membenarkannya ‘penyimpangan’ yang dimaksudkan bagi memudahkan lagi pelaksanaan tuntutan-tuntutan agama. Sebahagian menganggap ‘berdosa’ mengamalkan ajaran agama di luar sempadan mazhab yang ditetapkan itu. Pun begitu, dalam beberapa hal tertentu, seperti ibadat haji dan zakat, kelonggaran untuk menerima pandangan mazhab lain memang telah diperakukan dengan alasan-alasan kukuh yang cukup praktikal. Apa yang lebih menarik, di Perlis, termaktub dalam perlembagaan negeri bahawa ia tidak tertakluk kepada mana-mana mazhab secara khusus. Masyarakat Islam di Perlis seolah-olah ‘bebas’ memilih dan ‘mencampur’ mazhab dalam kehidupan harian mereka.


Jelas terdapat paradoks dalam pengamalan ajaran Islam di Malaysia. Dari satu aspek, Syariah perlu ada keseragaman dan kesatuan. Dari sudut yang lain, undang-undang Islam haruslah bersifat dinamik, progresif, sedia berubah mengikut suasana dan keadaan selagimana ianya tidak bertentangan dengan prinsip dan matlamat Syariah. Apakah masyarakat Muslim dituntut mengikut ajaran mazhab tanpa soal? Jika “Ya,” apa penjelasannya? Jika “Tidak,” apa justifikasinya? Apakah keadaan yang membenarkan pengamalan agama dilakukan dengan mengambilkira pandangan dari mazhab-mazhab lain? Apakah bertentangan dengan semangat Syariah sekiranya Islam dihayati tanpa terikat dengan mana-mana mazhab sebagaimana yang cuba dipopularkan oleh sebahagian ilmuwan Islam?

OBJEKTIF

Memberikan kefahaman mengenai konsep taqlid, ijitihad dan talfiq serta lain-lain istilah berkaitan dan kedudukan mereka dalam Islam.

Mengkaji ruanglingkup talfiq dan faktor-faktor yang mendorong kemunculan dan penggunaannya.

Menganalisa pandangan ulama tentang keadaan-keadaan yang menolak dan mengharuskan pengamalan talfiq.

Meningkatkan kefahaman tentang objektif undang-undang Islam dan menegaskan bahawa ianya sesuai untuk semua keadaan, tempat dan zaman.

PROGRAM

SESI I: ASAS-ASAS AGAMA DAN FILSAFAT, TAKRIFAN, LATAR BELAKANG SEJARAH

(i) “Taqlid, Ijtihad dan Talfiq : Penjelasan Epistemologi Sunni“
Pembentang : YBhg. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,
AJK Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu.

(ii) “Ijtihad Taqlid dan Talfiq Dilihat dari Perspektif Maqasid al-Syari’ah”
Pembentang : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abd. Majid,
Timbalan Dekan,International Institute of Islamic Thought & Civilization
[ISTAC], Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [UIAM].

“Taqlid dan Kemunculan Talfiq dalam Tradisi Keilmuan Islam”
Pembentang : YBhg. Dr. Zulkifli Muda, Pensyarah Kanan, Jabatan Ekologi Sosial,
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu [UMT]

(iv) “Dalil-dalil Konklusif Dalam Penghujahan dan Pengamalan Talfiq”
Pembentang : Prof. Dr. M.Amin Suma, Dekan Fakulti Syariah dan Hukum,
Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia.


SESI II : MENANGANI CABARAN SEMASA I

(i) “Aplikasi Taqlid dan Talfiq Dalam Aqidah dan Fiqh : Suatu Penilaian”
Pembentang : YBhg. Ust. Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari, Penolong
Pengarah, Pusat Pengajian Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia [ILIM])

“Penggunaan Talfiq dalam Muamalat Islami”
Pembentang : YBhg. Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim,
Unit Perbankan dan Kewangan Islam, Kolej Peniagaan Universiti Utara Malaysia [UUM]

(iii) “Modernisme Agama dan Usaha Memerangi Taqlid : Satu Tinjauan Baik Buruknya“
Pembentang : YBhg. Dr. Ahmad Bazli Shafi ,Pensyarah Kanan, Jabatan Ekologi Sosial, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu [UMT]

SESI III : MENANGANI CABARAN SEMASA II

(i) “Beberapa Manifestasi Penggunaan Ijtihad dan Talfiq dalam
Pembentang : YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman,
Penasihat Syariah, Jabatan Peguam Negara.

(ii) “Keunikan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Amalan di Negeri Perlis”
Pembentang : YBhg. Dato’ Alim Panglima Mat Jahya Hussein,
Penasihat Agama kepada Menteri Besar Perlis.

SESI IV : PENGALAMAN SERANTAU DAN KESIMPULAN
Moderator : YBhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz,
Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM]

“Taqlid-Talfiq di Negara Brunei Darussalam : Keperluan dan Pengalaman”
Pembentang : YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz
Hj. Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : PUAN SAPUAH BT. HJ. NAWAWI
TEL : 03-62046 329/ 012 3094427

NAMA : PUAN SUZANAHWATI BINTI SANIL
TEL : 03 – 6204 6 326

TARIKH SIARAN: 3 NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2009 MREM . All rights reserved.