PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Mei 24, 2013 -Jumaat

 
 
  MAJLIS CABUTAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP) UNTUK BULAN SEPTEMBER 2009

Friday 18/09/2009

Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan segala hormatnya menjemput para pemberita dan jurugambar untuk hadir di Mydin Mall, Lot 675 & 676 Pesiaran Subang Permai USJ 1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan pada 26 September 2009 2009 bersamaan hari Sabtu pada jam 3 petang untuk membuat liputan di Majlis Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) bulan September 2009.

Jumlah hadiah yang ditawarkan oleh SSP telah bertambah dari tahun ke setahun dan tahun ini, BSN sekali lagi menambah hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada lebih 1,700 hadiah berbanding 1616 tahun lalu.

Majlis akan dihadiri oleh Y.Bhg Dato’ Haji Ameer Ali B Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad dan Pn. Joannita Zaleha Yusof Naib Presiden Kanan / Ketua Khidmat Korporat BSN.

Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik akan disediakan BSN untuk orang ramai yang hadir..

Cabutan bulanan SSP dijalankan secara langsung, telus dan profesional sambil disaksikan orang ramai. Keputusan akhir diperolehi melalui cabutan sistem berkomputer dan akan disahkan oleh kakitangan Badan Kerajaan yang berkecuali daripada Jabatan Aktuari Negara, Perbendaharaan Negara dan Audit Negara.

Butir-butir lanjut berkenaan majlis cabutan adalah seperti berikut:


Hari / Tarikh: Sabtu, 26 September 2009

Masa: 3 – 6 petang

Alamat Lokasi: Mydin Mall, Lot 675 & 676 Persiaran Subang Permai USJ 1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.



Aturcara:


2.00 ptg. - Ketibaan para Jemputan

2.30 ptg - Ketibaan Jemputan VVIP

3.00 ptg - Majlis dimulakan oleh Pengacara Majlis

3.05 ptg. - Persembahan Artis BSN.(Hi-Savers)

3.15 ptg. - Majlis Perasmian Cabutan SSP Aidil Fitri BSN September 2009

- Ucapan Puan Joannita Zaleha bt Yusof

Naib Presiden Kanan/Ketua Khidmat Korporat BSN

- Ucapan Y.Bhg. Dato’ Haji Ameer Ali bin Mydin

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad


- Acara Cabutan Sijil Simpanan Premium bermula

- Temuramah dan penyampaian mock-up kepada Pemenang SSP


- Persembahan

- Keputusan SSP September 2009

- Cabutan Bertuah

Pembelian SSP < RM1,000.00

Pembelian SSP > RM1,000.00



- Persembahan Hi-Savers



6.00 ptg. - Majlis selesai



Sumber BSN


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
NAMA: Arida Ariffin
TEL.: 03-21623222 sambungan 6006
EMEL: arida_ariffin@bsn.com.my
TARIKH SIARAN: 18 SEPTEMBER 2009
DISIARKAN OLEH BERNAMA PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA
 
 
 

Copyright @ 2013 MREM . All rights reserved.