PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Jun 26, 2017 -Isnin

 
 
 

Perkhidmatan Perhubungan Media dan Pengurusan Acara (MREM) BERNAMA adalah merupakan saluran paling tepat anda untuk mencapai sasaran audiens anda menerusi media cetak dan elektronik, termasuk televisyen berkabel dan portal berita secara on-line.

Oleh itu, maksimumkan ia sebaik mungkin.

Apabila anda berbuat demikian, anda akan menyertai satu senarai panjang agensi-agensi kerajaan dan perbadanan yang melahirkan rasa puas hati kerana telah menggunakannya untuk menonjolkan diri mereka, selain produk dan perkhidmatan mereka dengan ketara di dalam media cetak dan elektronik.

Janji MREM BERNAMA "Jangkauan Global, Peluang Di Merata Dunia" dengan pantas dan menjimatkan kos telah disokong oleh kepercayaan, kecekapan, penglibatan secara langsung, kecemerlangan dalam penyambungan dan kelebihan berdaya saing yang telah terbukti untuk sekian lama.

Keistimewaan MREM BERNAMA adalah penghantaran secara terus siaran media pelanggan kepada pembuat keputusan dan perancang liputan di meja Jabatan Pengarang bagi media cetak dan elektronik.

Dengan jalinan perkongsian bersama AsiaNet, ia memastikan akses yang sama bagi siaran media kepada media antarabangsa dalam pelbagai bahasa dunia.

INI ADALAH CARA BAGAIMANA ANDA DAPAT MEMAKSIMUMKAN PERKHIDMATAN MREM BERNAMA;

:: Perkhidmatan Domestik MREM
:: Perkhidmatan Antarabangsa MREM-AsiaNet
:: Perkhidmatan Perhubungan Media
:: Perkhidmatan Pengurusan Acara


:: Perkhidmatan Domestik MREM
Perkhidmatan pengedaran siaran media/nota kepada editor secara terus kepada terminal editor meja cetak dan elektronik

:: Perkhidmatan Antarabangsa MREM-AsiaNet http://asianetnews.net
Satu perkhidmatan pengedaran siaran media (yang termasuk penterjemahan) secara terus kepada media antarabangsa menerusi AsiaNet bagi negara-negara di rantau ASEAN, Asia, Amerika Syarikat, United Kindom/Eropah, Asia Barat, Kanada, Amerika Latin, Afrika dan sebagainya. Ia juga memberi peluang kepada para pelanggan untuk mengkhususkan sasaran audiens/pembaca mereka menerusi penerbitan di dalam bidang-bidang khas yang diminati: teknologi, perniagaan, kewangan, perubatan, automotif, pelancongan dan aktiviti riadah
 

  Rakan AsiaNet
  • Australian Associated Press (Australia)

  • ANTARA (Indonesia)

  • InfoQuest (Thailand)

  • Kyodo News JBN (Jepun)

  • New Zealand Press Association (New Zealand)

  • Pakistan Press International (Pakistan)

  • Philippines News Agency (Filipina)

  • Press Trust of India (India)

  • United News of Bangladesh (Bangladesh)

  • Vietnam News Agency (Vietnam)

  • XinHua News Agency (China)

  • NCN (Hong Kong)

  • Yon Hap Agency (Korea)

:: Perkhidmatan Perhubungan Media
Satu bahagian penting dalam perkhidmatan kami termasuk perhubungan media:
   
  Menyelaraskan liputan media bagi Sidang Akhbar/Memorandum Persefahaman/Pelancaran Produk
Kami berupaya untuk menyelaraskan liputan media bagi acara anda:
  • Merangka keperluan perhubungan media

  • Menganjurkan jemputan media dan menyelaraskan kehadiran

  • Memberi nasihat mengenai isi kandungan kit media

  • Menjadi perantara bagi liputan media dan menyediakan keratan akhbar

  • Memastikan kakitangan MREM hadir bagi majlis berkenaan

  Menganjurkan lawatan suai kenal media
Perkhidmatan itu termasuk:
  • Mendraf jemputan media bagi pengedaran menerusi perkhidmatan wire BERNAMA

  • Mengedarkan gambar menerusi perkhidmatan foto online digital BERNAMA

  • Menghantar visual menerusi BERNAMA TV melalui saluran berita ASTRO (ASTRO Ria - Bahasa Malaysia, ASTRO Prima - Bahasa Inggeris, ASTRO Vaanavil - Bahasa Tamil, ASTRO Wah Lai Toi - Bahasa Mandarin)

  • Merancang dan mendraf program bagi lawatan ke tapak

  • Menyelaraskan persiapan logistik (sebagai contoh pengangkutan, penginapan, kit media dan sebagainya.)

 

Perkhidmatan Penterjemahan
Perkhidmatan penterjemahan diperolehi untuk Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

   
:: Perkhidmatan Pengurusan Acara
Untuk memastikan kejayaan sesuatu acara yang dianjurkan oleh organisasi anda, MREM menawarkan:
   
  Pengurusan Pusat Media
Pengalaman kami di dalam mengendalikan pusat-pusat media membolehkan kami untuk mencadangkan satu platform yang memenuhi keperluan dan jangkaan petugas media semasa acara berkenaan.

Kami merancang dan menyelaraskan kemudahan media yang termasuk kawasan bekerja media, kemudahan maklumat dan berita secara online, pendaftaran media, bilik persidangan media/temuramah, meja bantuan, pengumuman media dan sebagainya.

Kami juga menstrategikan akses terbaik media, kedudukan media dan pergerakan media semasa acara berkenaan.
   
  Publisiti dan Promosi
Kami menganjur/menyelaraskan temuramah eksklusif dengan personaliti-personaliti penting, Menteri-menteri dan Orang Kenamaan (VIP) bagi meningkatkan lagi nilai berita itu dan menyediakan berita/maklumat bagi acara-acara kepada media tempatan dan antarabangsa.

Perkhidmatan kami termasuk pra, intra dan pasca publisiti dan promosi sehingga berlangsungnya acara itu dengan menggunakan sokongan penuh Jabatan Pengarang, perkhidmatan Foto BERNAMA dan BERNAMA TV.

(Nota: Temuramah dan laporan berita yang disediakan oleh BERNAMA akan dipaparkan di BERNAMA.Com dan disiarkan oleh ASTRO - pembekal saluran perkhidmatan TV berbayar yang terkemuka di Malaysia)

Perkhidmatan Perhubungan Media dan Pengurusan Acara (MREM) BERNAMA sudah pastinya menghasilkan yang terbaik kerana ia lebih mengutamakan kecepatan dan nilai untuk wang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut:
Tel: 603-2694 1024 / 2696 2127 / 2696 2124
Faks: 603-2694 1021 / 2694 1022 / 2694 1023
E-mel: mrem@bernama.com
Laman web: http://mrem.bernama.com

Tingkat 5, Wisma BERNAMA, Jalan 1/65A, off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur


 


 

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.