PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Ogos 17, 2017 -Khamis

 
 
 

:: Apa yang dimaksudkan dengan siaran akhbar?
:: Siapakah golongan media itu?
:: Apakah perbezaan antara sebuah siaran akhbar dengan iklan?
:: Bagaimana saya dapat meningkatkan peluang saya bagi mendapatkan siaran 
   akhbar itu disiarkan?

:: Kenapa saya perlu menggunakan perkhidmatan pengedaran siaran akhbar?
:: Berapakah kos untuk menggunakan perkhidmatan MREM?


Apa yang dimaksudkan dengan siaran akhbar?

Sebuah siaran akhbar adalah satu pesanan pemasaran yang dihantar oleh sesebuah syarikat kepada akhbar-akhbar, majalah, dan stesen radio dan televisyen agar ia dapat diterbit atau disiarkan. Sebagai contoh, ia boleh mengumumkan perolehannya untuk suku tahun ketiga atau rancangannya untuk melancarkan sesuatu produk.

Sebuah program pengedaran siaran akhbar yang efektif boleh meningkatkan penjualan anda secara dramatik dan mampu meningkatkan imej perniagaan atau produk anda.


Siapakah golongan media itu?

Kebanyakan industri menggunakan media untuk membawa maksud segala-galanya daripada krayon kepada pita video. Bagaimanapun, dalam konteks brosur ini, media dirujuk kepada penerbitan seperti akhbar dan majalah dan media elektronik seperti televisyen, radio dan laman web, yang digunakan untuk memapar dan menyampaikan berita dan maklumat kepada pembaca, penonton dan pengguna Internet.


Apakah perbezaan antara sebuah siaran akhbar dengan iklan?

Sebuah siaran akhbar yang dilihat sebagai sebuah laporan berita mewujudkan kredibiliti. Kebanyakan pembaca besar kemungkinan akan lebih mempercayai laporan berita yang diumumkan oleh pihak berkuasa bebas seperti penulis pojok, wartawan atau penyiar.

Sebaliknya, para pembaca melihat sesuatu iklan itu sebagai sesuatu yang sengaja digembar-gemburkan. Anda tidak perlu membayar apa-apa bagi publisiti yang dijanakan daripada siaran akhbar itu. Bagaimanapun, anda terpaksa membelanjakan sejumlah besar peruntukan bagi membolehkan iklan anda diterbitkan di dalam akhbar atau disiarkan di televisyen.


Bagaimana saya dapat meningkatkan peluang saya bagi mendapatkan siaran akhbar itu disiarkan?

Sebuah siaran akhbar yang ditulis dengan baik yang meliputi sesuatu acara atau pengumuman yang mengandungi nilai berita mempunyai peluang yang lebih baik untuk digunakan oleh media.

Anda harus menulis laporan itu sebagaimana anda menulis sesebuah artikel berita. Ia perlu mempunyai jawapan kepada persoalan siapa, apa, bila, di mana dan bagaimana bagi sesebuah cerita di dalam perenggan pertama.

Tajuk siaran akhbar itu perlu menarik bagi memikat pembaca untuk meneliti keseluruhan cerita itu. Siaran akhbar itu tidak boleh lebih daripada 300 perkataan. Sekiranya anda melampirkan gambar, tulis kapsyen bagi gambar itu. Kenal pasti mereka yang berada di dalam gambar itu dengan tepat melalui nama dan jawatan mereka.


Kenapa saya perlu menggunakan perkhidmatan pengedaran siaran akhbar?

Sebuah perkhidmatan pengedaran siaran akhbar menjadikannya cara yang lebih mudah, menjimatkan kos dan berjaya untuk menghantar sesebuah siaran akhbar kepada media.

MREM, sebagai contoh, mempunyai hubungan langsung dengan akhbar-akhbar dan stesen radio dan televisyen.

Ia menggunakan gabungan talian data telefon, sistem faks siaran, penghantaran Internet dan satelit untuk menghantar siaran akhbar anda dan gambar secara terus kepada terminal komputer para wartawan dan editor.

Melalui cara ini siaran akhbar anda dapat dipaparkan pada terminal seseorang editor, sekali gus meningkatkan lagi peluang ia dilihat dan digunakan bagi penerbitan.


Berapakah kos untuk menggunakan perkhidmatan MREM?

MREM terlebih dahulu akan menilai keperluan anda bagi mendapatkan publisiti berdasarkan daripada program perhubungan awam anda. Anda kemudian akan dinasihatkan untuk sama ada menggunakan perkhidmatan pakej MREM dan membayar yuran langganan tahunan atau membayar bagi perkhidmatan setiap kali anda menggunakan perkhidmatan itu.

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.